Sunday 13 March 2011

PROJECT 1: Proton City Design by Fariha

Cadangan projek pengubahsuaian tasik Proton City ini bertujuan memberi khidmat komuniti kepada orang awam. Selain itu, ia juga bertujuan menyediakan kawasan taman yang menarik dan tempat beriadah yang menyeronokkan kepada   penduduk setempat dan orang awam. Disamping itu, pelawat boleh membawa anak-anak mereka bersiar-siar di kawasan taman sambil memberi pendidikan tentang haiwan kesayangan serta membiarkan mereka bermain dan meneroka dunia haiwan kesayangan mereka.
   

PROJEK 1

     Rekabentuk pengubahsuaian projek 1 mencadangkan suasana tasik Proton city diubah menjadi suasana seolah-olah berada di tepi pantai. Terdapat Replika haiwan kesayangan yang dibina berhampiran kawasan pantai buatan sebagai tempat bermain bagi kanak-kanak dan sebagai sebuah kawasan pemandangan yang damai bagi golongan dewasa. Kawasan ini  juga sesuai bagi mereka yang ingin menghilangkan stress setelah penat bekerja. Jeti yang dibina berhampiran pantai buatan tersebut dibina bertujuan menyediakan tempat bagi ibu bapa yang ingin bersantai sambil memerhatikan keselamatan anak-anak mereka yang sedang bermain. Bangunan yang mempunyai rekabentuk yang menarik tersebut merupakan tempat pameran pelbagai haiwan yang diawet untuk tatapan pengunjung. Terdapat juga banyak info menarik yang disediakan bagi memberi pengetahuan tentang haiwan yang dipamerkan. 


PROJEK 2

     Rekabentuk pengubahsuaian projek 2 mencadangkan kawasan tasik Proton City dibina pelbagai jenis replika haiwan yang terdiri daripada haiwan kesayangan dan haiwan liar. Para ibu bapa yang bercadang membawa anak mereka bersiar-siar di kawasan taman ini, boleh memberi pengetahuan tentang perbezaan haiwan kesayangan dan haiwan liar. Oleh itu kanak-kanak dapat membezakan haiwan yang sesuai dijadikan haiwan kesayangan dan sebaliknya. Setelah itu, kanak-kanak tersebut dibiarkan bermain bersama kanak-kanak pelawat lain yang datang bersiar-siar di kawasan taman ini. Cadangan untuk membina akuarium terapung di tengah-tengah tasik Proton City juga suatu idea yang menarik. Ia bertujuan untuk menunjukkan pelbagai jenis hidupan dalam air dan memberi info menarik tentang haiwan tersebut. Pelawat yang ingin melawat aquarium terapung boleh menaiki boat secara percuma.


PROJEK 3

     Rekabentuk pengubahsuaian projek 3 pula mencadangkan kawasan tasik Proton City dibina pelbagai replika haiwan di sepanjang jalan tasik proton city untuk memberi pengalaman menarik tentang dunia haiwan kepada orang awam. Ibu bapa boleh mengambil peluang untuk memberi pendidikan tentang haiwan kesayangan kepada anak-anak mereka sambil bersenam atau bersiar-siar bersama di kawasan taman. Aktiviti beriadah bersama dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ibu-bapa dan anak. Semoga ketiga-tiga cadangan projek ini menarik hati anda semua...n thanx for viewing my design. ^_^  

3 comments:

cikgukh(Haiwan Kesayangan) said...

WOW....

cikgukh(Haiwan Kesayangan) said...

adilah:
menarik dan tertarik
konsep pengubhasuaian taman yang bercirikan haiwan kesayangan seperti di dalam zoo amat memberi kesan mendalam kepada pelajar dalam memahami jenis-jenis haiwan kesyangan dengan baik

adILah cuTeZzz said...

design paling menarik...saya ske sangat2...

Tasik Proton City

Wonderful World Pets