Thursday 21 April 2011

MODUL PEMBELAJARAN HAIWAN KESAYANGAN TINGKATAN 2


















PROJECT 2 : Interface Design by Nur'Aishah

DESIGN 1

DESIGN 2 

DESIGN 3 

DESIGN 4 

DESIGN 5 

PROJECT 2: Interface Design by Nurul Nida

DESIGN 1
 


DESIGN 2


DESIGN 3


DESIGN 4

Wednesday 20 April 2011

PROJECT 2: Interface Design by Adilah

DESIGN 1

DESIGN 2

 DESIGN 3

PROJECT 2: Interface Design by Norhadila

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Monday 18 April 2011

PROJECT 2: Interface Design by Fariha

Pembelajaran yang hanya menggunakan media tradisional seperti buku teks, carta, poster telah lama digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penambahbaikan penggunaan pelbagai medium pengajaran dan pembelajaran yang lebih moden dan terkini menggunakan aplikasi multimedia akan meningkatkan minat pelajar. Penggunaan aplikasi media yang sesuai akan menarik minat pelajar untuk belajar dan membantu proses pemahaman pelajar terhadap isi kandungan pembelajaran. Dibawah merupakan beberapa projek "Interface design" modul topik haiwan kesayangan...


DESIGN 1

DESIGN 2

DESIGN 3


Penggunaan ikon model haiwan pada Interface design digunakan bersesuaian dengan topik haiwan kesayangan. Tujuan penggunaan ikon adalah bagi memudahkan pengguna untuk link pada bahagian yang diingini. 

Monday 14 March 2011

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang.

Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tetapi haiwan-haiwan yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ianya adalah kucing, ikan, burung dan anjing. Di bawah ini tercatat serba ringkas mengenai empat haiwan ini.

Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya tergolong di dalam spesies mamalia. Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan, kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan-pertandingan kucing tercantik telah diadakan di seluruh dunia. Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada peminat-peminat kucing, iaitu kucing siamdan kucing parsi.

Seterusnya kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan air masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish. Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan salah satu sumber bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana, spesies ikan adalah salah satu sumber protein yang paling penting.

Mari kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan, terdapat dua kumpulan burung yang menjadi haiwan peliharaan kepadat peminat-peminatnya iaituGalliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ).Burung-burung dari kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya kebolehan bercakap. Antara burung-burung ini adalah ayam serama dan burung kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan.

Sampailah kita kepada haiwan peliharaan yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga berada di dalam keluarga mamalia. Sifat anjing yang paling ketara adalah menyalak.Kenapa haiwan ini menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular? Ini kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada si pemiliknya. Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan Bulldog.

Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.




Tasik Proton City

Wonderful World Pets