Monday 14 March 2011

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang.

Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tetapi haiwan-haiwan yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ianya adalah kucing, ikan, burung dan anjing. Di bawah ini tercatat serba ringkas mengenai empat haiwan ini.

Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya tergolong di dalam spesies mamalia. Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan, kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan-pertandingan kucing tercantik telah diadakan di seluruh dunia. Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada peminat-peminat kucing, iaitu kucing siamdan kucing parsi.

Seterusnya kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan air masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish. Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan salah satu sumber bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana, spesies ikan adalah salah satu sumber protein yang paling penting.

Mari kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan, terdapat dua kumpulan burung yang menjadi haiwan peliharaan kepadat peminat-peminatnya iaituGalliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ).Burung-burung dari kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya kebolehan bercakap. Antara burung-burung ini adalah ayam serama dan burung kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan.

Sampailah kita kepada haiwan peliharaan yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga berada di dalam keluarga mamalia. Sifat anjing yang paling ketara adalah menyalak.Kenapa haiwan ini menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular? Ini kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada si pemiliknya. Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan Bulldog.

Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.




PROJECT 1: Proton City Design by Adilah

PROJEK 1

Projek 1 lebih menonjolkan jenis-jenis haiwan yang boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan yang diletakkan di sebuah taman yang berkonsepkan Alice Wonderland. Untuk meneruskan perjalanan di dalam taman ini, pelajar bolehla bermain dahulu catur untuk keperingkat seterusnya. Bangunan yang terletak di dalam sungai menonjolkan kawasan atau perumahan bagi itik dan angsa. Terdapat juga replika haiwan arnab diletakkan di taman tersebut.

PROJEK 2

Dalam projek 2 pula ianya lebih kepada jenis taman yang  bercirikan suistanable di mana di dalam tasik terdapat jenis bot yang amat unik untuk para pelawat masuk ke dalamnya. Terdapat juga sebuah jambatan di atas tasik yang memberi peluang kepada pelawat untuk masuk keruangan pameran. Di dalam pameran tersebut ditunjujkkan ciri-ciri haiwan kesayangan dan cara penjagaannya..Terdapat jua ruang relex dan santai yang terdapat di dalam tempat pameran tersebut. 


PROJEK 3

Projek 3 pula lebih menonjolkan berkaitan dengan haiwan kesayangan di mana susun atur taman amat menarik. Lantai pejalan kaki di gunakan seperti lantai catur untuk menarik pelawa untuk datang ke taman, Terdapat 2 replika yang  terdapat di taman ini, iaitu arnab dan ikan.

Sunday 13 March 2011

PROJECT 1: Proton City Design by Fariha

Cadangan projek pengubahsuaian tasik Proton City ini bertujuan memberi khidmat komuniti kepada orang awam. Selain itu, ia juga bertujuan menyediakan kawasan taman yang menarik dan tempat beriadah yang menyeronokkan kepada   penduduk setempat dan orang awam. Disamping itu, pelawat boleh membawa anak-anak mereka bersiar-siar di kawasan taman sambil memberi pendidikan tentang haiwan kesayangan serta membiarkan mereka bermain dan meneroka dunia haiwan kesayangan mereka.
   

PROJEK 1

     Rekabentuk pengubahsuaian projek 1 mencadangkan suasana tasik Proton city diubah menjadi suasana seolah-olah berada di tepi pantai. Terdapat Replika haiwan kesayangan yang dibina berhampiran kawasan pantai buatan sebagai tempat bermain bagi kanak-kanak dan sebagai sebuah kawasan pemandangan yang damai bagi golongan dewasa. Kawasan ini  juga sesuai bagi mereka yang ingin menghilangkan stress setelah penat bekerja. Jeti yang dibina berhampiran pantai buatan tersebut dibina bertujuan menyediakan tempat bagi ibu bapa yang ingin bersantai sambil memerhatikan keselamatan anak-anak mereka yang sedang bermain. Bangunan yang mempunyai rekabentuk yang menarik tersebut merupakan tempat pameran pelbagai haiwan yang diawet untuk tatapan pengunjung. Terdapat juga banyak info menarik yang disediakan bagi memberi pengetahuan tentang haiwan yang dipamerkan. 


PROJEK 2

     Rekabentuk pengubahsuaian projek 2 mencadangkan kawasan tasik Proton City dibina pelbagai jenis replika haiwan yang terdiri daripada haiwan kesayangan dan haiwan liar. Para ibu bapa yang bercadang membawa anak mereka bersiar-siar di kawasan taman ini, boleh memberi pengetahuan tentang perbezaan haiwan kesayangan dan haiwan liar. Oleh itu kanak-kanak dapat membezakan haiwan yang sesuai dijadikan haiwan kesayangan dan sebaliknya. Setelah itu, kanak-kanak tersebut dibiarkan bermain bersama kanak-kanak pelawat lain yang datang bersiar-siar di kawasan taman ini. Cadangan untuk membina akuarium terapung di tengah-tengah tasik Proton City juga suatu idea yang menarik. Ia bertujuan untuk menunjukkan pelbagai jenis hidupan dalam air dan memberi info menarik tentang haiwan tersebut. Pelawat yang ingin melawat aquarium terapung boleh menaiki boat secara percuma.


PROJEK 3

     Rekabentuk pengubahsuaian projek 3 pula mencadangkan kawasan tasik Proton City dibina pelbagai replika haiwan di sepanjang jalan tasik proton city untuk memberi pengalaman menarik tentang dunia haiwan kepada orang awam. Ibu bapa boleh mengambil peluang untuk memberi pendidikan tentang haiwan kesayangan kepada anak-anak mereka sambil bersenam atau bersiar-siar bersama di kawasan taman. Aktiviti beriadah bersama dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ibu-bapa dan anak. Semoga ketiga-tiga cadangan projek ini menarik hati anda semua...n thanx for viewing my design. ^_^  

PROJECT 1: Proton City Design by Nurul Nida

PROJEK 1

Cadangan projek yang pertama iaitu Taman Dunia Haiwan Kesayangan di Tasik Proton City ini direka adalah untuk memberikan khidmat komuniti kepada kanak-kanak dan orang awam mengenai perumahan haiwan kesayangan.  Rumah katak terapung, rumah iguana, rumah burung, rumah kura-kura, dan sebagainya.

PROJEK 2

Taman Dunia Haiwan Kesayangan ini adalah cadangan projek yang kedua. Ia direka adalah untuk memberikan perkhidmatan komuniti kepada kanak-kanak untuk mengetahui tentang haiwan kesayangan. Kanak-kanak yang berjalan di sepanjang laluan akan didedahkan mengenai dunia haiwan kesayangan. Semuanya tentang dunia haiwan kesayangan.

PROJEK 3

Taman Dunia Haiwan Kesayangan di Tasik Proton City ini pula adalah merupakan cadangan projek yang ketiga. Para pengunjung terutamanya kanak-kanak yang ditemani ibu bapa akan dapat bersiar-siar di sekitar kawasan  sambil menerokai tentang haiwan kesayangan. Para pengunjung boleh bersiar-siar dengan menggunakan Rabbit Car di sepanjang laluan.

PROJECT 1: Proton City Design by Norhadila

Projek mengubahsuai Tasik Proton menjadi sebuah kawasan komuniti yang memberi manfaat kepada pendudukan sekitar, pengubahsuaian projek lebih menekankan elemen berbentuk 'wonderland', dan menjadikan filem 'ALICE IN THE WONDERLAND' sebagai rujukan utama untuk menghasilkan projek rekabentuk.

PROJEK 1

Bagi projek 1, elemen utama yang digunakan adalah lantai permainan chess, pembinaan lantai adalah sebagai sudut untuk bermain kanak-kanak selain kawasan padang rumput. jika dilihat pada binaan di atas lantai terdapat beberapa binaan biji catur besar yang fleksibel dan boleh digerakkan. selain dari binaan biji catur, terdapat juga binaan arca haiwan kesayangan yang bewarna dan bersaiz besar. 

PROJEK 2
Bagi projek 2 binaan sustainable area dibina ditengah tasik, terdapat titi kecil yang menghubungkan ke tengah pulau kecil. sepanjang titi menghubungkan daratan dengan pulau kecil itu didirikan arca-arca haiwan kesayangan. kanak-kanak boleh menjana pemikiran mereka sambil melalui titi kecil tersebut.


PROJEK 3
Bagi projek 3 pembinaan model haiwan kesayangan dibina melalui satu sudut pejalan kaki. sudut tersebut dimulakan dengan pokok tua mati yang menjadi pembukaan kepada sudut haiwan kesayangan itu. pejalan kaki yang melaui di kawasan tersebut boleh menjadikan kawasan tersebut sebagai stesen berhenti dan menikmati permandangan indah di kawasan tersebut.

Tasik Proton City

Wonderful World Pets